Monday, July 30, 2018

Melankolia


Aku tertarik dengan perkataan Melankolia ni. Sewaktu memandu pulang dari pejabat, Suria.fm memainkan lagu Cinta Melankolia ni menarik minat aku untuk mendalami perkataan unik ni. Melankolia ni sering dikaitkan dengan sesorang yang berasa sedih tanpa sebab tertentu. Dalam erti kata lain, penyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yang amat sangat dan berpanjangan. Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.

Setiap manusia ada cara masing-masing dalam menangani atau mengatasi kesedihan yang dialami. Dalam sesetengah kes ada yang berasa sedih yang amat yang mampu membawa ke arah kemurungan. Setiap daripada kita berbeza cara dan keadaan. Kesedihan yang dialami setiap manusia ada arasnya yang tersendiri.

Antara faktor biasa mereka bersedih adalah 
  • Putus cinta (terlalu klise)
  • Kehilangan insan tersayang (kematian)
  • Hilang punca rezeki ataupun dipecat
  • Keputusan peperiksaan hanyut ke lautan hindi
  • Kemalangan yang teruk
  • Dan macam-macam lagi

Segala jenis kesedihan ini bila tidak dicegah segera akan mendorong kea rah kemurungan atau depression. Kemurungan ini, dalam nama lainnya Melankolia atau dalam bahasa inggeris melancholia aka depression, merupakan sejenis bentuk masalah mental. Berbeza dengan stress biasa, kemurungan ini besar kesannya.


Kemurungan atau kesedihan yang melampau ini boleh diatasi dengan beberapa cara antaranya ialah memahami apa itu kemurungan. Bagi sesetengah pihak melihat kemurungan ini bukanlah sesuatu yang serius. Ada pula yang mengatakan seperti kemurungan ini dibuat buat. Ada ilmu, cepatlah bertindak.

Kawan atau kenalan yang baik turut berperanan besar dalam mencegah melankolia atau kemurungan ini. Apabila melihat kawan kita bertindak lain daripada, kita perlu ambik langkah sewajarnya. Bawa mereka berjumpa pakar ataupun ambil masa untuk berkongsi. Dengan izin Allah akan membantu banyak perkara.

Disebabkan aku pun pakar, aku cadangkan supaya korang mendalami maksud melankolia ini dan bukan setakat layan lagu Cinta Melankolia itu saja. Sedih semua orang pernah bersedih tapi jangan kita pandang ringan terhadap kesedihan ini. Boleh jadi apa yang dialami seseorang itu lebih berat daripada apa yang kita lihat. 

Kita mungkin hilang bahu untuk bersandar tapi yakinlah, kita sentiasa ada lantai untuk bersujud. Kita lemah, sentiasa perlukan pergantungan. Sombongnya manusia apabila tidak mahu meminta daripada Sang Pencipta. 

No comments:

Post a Comment