Monday, July 30, 2018

Melankolia


Aku tertarik dengan perkataan Melankolia ni. Sewaktu memandu pulang dari pejabat, Suria.fm memainkan lagu Cinta Melankolia ni menarik minat aku untuk mendalami perkataan unik ni. Melankolia ni sering dikaitkan dengan sesorang yang berasa sedih tanpa sebab tertentu. Dalam erti kata lain, penyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yang amat sangat dan berpanjangan. Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.

Setiap manusia ada cara masing-masing dalam menangani atau mengatasi kesedihan yang dialami. Dalam sesetengah kes ada yang berasa sedih yang amat yang mampu membawa ke arah kemurungan. Setiap daripada kita berbeza cara dan keadaan. Kesedihan yang dialami setiap manusia ada arasnya yang tersendiri.

Antara faktor biasa mereka bersedih adalah 
  • Putus cinta (terlalu klise)
  • Kehilangan insan tersayang (kematian)
  • Hilang punca rezeki ataupun dipecat
  • Keputusan peperiksaan hanyut ke lautan hindi
  • Kemalangan yang teruk
  • Dan macam-macam lagi

Segala jenis kesedihan ini bila tidak dicegah segera akan mendorong kea rah kemurungan atau depression. Kemurungan ini, dalam nama lainnya Melankolia atau dalam bahasa inggeris melancholia aka depression, merupakan sejenis bentuk masalah mental. Berbeza dengan stress biasa, kemurungan ini besar kesannya.


Kemurungan atau kesedihan yang melampau ini boleh diatasi dengan beberapa cara antaranya ialah memahami apa itu kemurungan. Bagi sesetengah pihak melihat kemurungan ini bukanlah sesuatu yang serius. Ada pula yang mengatakan seperti kemurungan ini dibuat buat. Ada ilmu, cepatlah bertindak.

Kawan atau kenalan yang baik turut berperanan besar dalam mencegah melankolia atau kemurungan ini. Apabila melihat kawan kita bertindak lain daripada, kita perlu ambik langkah sewajarnya. Bawa mereka berjumpa pakar ataupun ambil masa untuk berkongsi. Dengan izin Allah akan membantu banyak perkara.

Disebabkan aku pun pakar, aku cadangkan supaya korang mendalami maksud melankolia ini dan bukan setakat layan lagu Cinta Melankolia itu saja. Sedih semua orang pernah bersedih tapi jangan kita pandang ringan terhadap kesedihan ini. Boleh jadi apa yang dialami seseorang itu lebih berat daripada apa yang kita lihat. 

Kita mungkin hilang bahu untuk bersandar tapi yakinlah, kita sentiasa ada lantai untuk bersujud. Kita lemah, sentiasa perlukan pergantungan. Sombongnya manusia apabila tidak mahu meminta daripada Sang Pencipta. 

Thursday, July 19, 2018

Rahsia Kahfi

Sejak dari zaman asrama sekolah, kita sering ditekankan oleh ustaz/ustazah tentang untuk membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat. Kebanyakan kita sejujurnya banyak mengikut secara membuta tuli sahaja sebab mungkin itu ketetapan asrama sekolah. 
Namun bila kita semakin dewasa, kadang kita terlupa untuk mengamalkan surah Keramat ni. Kenapa? Boleh jadi atas kesibukan kerja dunia kita. Bagi yang terlupa, ayuh kita mulakan semula. Cuma persoalannya disini, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 

Pernah terfikir camni?
Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak kaitkan dengan dajjal. Betul tak? So here we go 
Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:
  • Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
  • Pemilik kebun - Fitnah harta
  • Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
  • Zulqarnain - Fitnah kekuasaan
Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal? Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!


Bagaimana?
  1. Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat
  2. Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat
  3. Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir
  4. Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.
Tema utama surah ini ialah DAKWAH
  • Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
  • Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?
  • Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
  • Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense! Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini. Aslih nafsak, wad'u ghairak!
Orait kita beralih ke fitnah dajjal. Ada 4.
Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

BAGAIMANA?
Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.
Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.
Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?
Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan! Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.
Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain! Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya! Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu kejadian