Friday, July 18, 2014

Mahasiswa bitara

Bercerita tentang kehidupan mahasiswa. Mahasiswa yang sepatutnya memberi manfaat kepada agama dan bangsa. Mahasiswa yang mampu mengubah corak politik sesebuah negara secara aman. Tanggapan aku sebelum menjadi mahasiswa IPTA sememangnya tinggi, expectation yang akan melakar satu kegemilangan buat diri dan keluarga. Itu cerita sebelum, tapi setelah bergelar mahasiswa ni aku rasakan macam aku tak mampu nak buat apa apa yang membanggakan.

I was like "apa sebenarnya sumbangan aku pada agama dan bangsa sejak bergelar mahasiswa ni?" Persoalan macam tu timbul bila mana aku rasa macam kurang memberi manfaat kepada masyarakat. Kita semua tahu macam mana semangat dan peranan mahasiswa zaman awal kemerdekaan dahulu. Ini bukan cerita sejarah atau kenangan lama tapi sekarang. Bangun pagi, pergi kelas, balik kelas, siapkan assignment lepas tu tidur. Again, again and again. Mana hilang nilai mahasiswa? Setakat dapat Dean List atas kertas?

Tak perlu nak cerita macam jaguh kampung, kejayaan kecil nak dibesar besarkan. Simpan semua tu dan tolak ke tepi. Duduk di Universiti leka dengan dunia belia, leka bermain cinta, seronok berprogram suka suka sana sini and at the end, apa sumbangan kepada agama?

Serius. Semua benda ni memang kita takkan rasa masa kita tengah seronok dengan dunia kita. Macam mana nak bagi sumbangan pada agama kalau benda wajib pun berat nak terlaksana? Macam mana nak memberi sumbangan pada masyarakat kalau buat itu ini berkira? Macam mana nak berdiri mempertahankan negara kalau bangun subuh pun selalu lewat?

Persoalan demi persoalan macam ni kerap kali berlegar legar dalam kotak pemikiran setiap kali terbaca berita atau menonton video tentang Palestin dan Syria. Sebagai mahasiswa, apa sumbangan yang dapat kita bagi untuk membantu mereka yang sedang berperang dalam bulan puasa ni.

Sedang kita enak bergolek atas katil, dorang yang kat Gaza tu sedang digolek-kan bom. Sedih melihat saudara saudara kita yang sedang ber-'jihad' untuk mempertahankan holy land mereka dari serangan tentera Zionis.

Sesungguhnya aku tak mampu untuk berbuat apa apa untuk membantu saudara di Gaza. Hanya doa yang mampu untuk melindungi rakyat Gaza. Sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam dan tolong jangan berhenti berdoa. Bayangkan jika negara kita diserang sebegitu, dan negara negara lain tidak memperdulikan negara kita, tiada bantuan dan doa, apa yang kita rasa? Mohon teruskan berdoa selepas solat.


Baru baru ni juga kita dikejutkan dengan berita terhempasnya kapal terbang MH17 yang didakwa ditembak semasa melalui ruang udara antara Ukraine dengan Rusia. Masa dapat berita tu, Allah.. tak tahu nak cakap macam mana. Bayangkan kalau kita tengah menunggu ketibaan ahli keluarga yang tersayang setelah empat tahun, apa yang kita dapat cuma jenazah yang dah tidak bernyawa. Sedekahkan Al- Fatihah kepada yang terkorban.

Memang benar semuanya aturan Allah dan mestinya ada hikmah disebalik kejadian. Mati memang tidak boleh dijangka. Cuma persoalan kita disini, bagaimanakah persediaan kita menghadapi sebarang kemungkinan tersebut. Apakah amalan kita yang mampu menjadi bekalan kita untuk hari disana? Untuk peringatan diri ini yang selalu terleka.

Kita perlukan mahasiswa yang produktif, mahasiswa yang cakna dengan isu semasa dunia dan agama. Kita tak perlukan keyboard warrior yang hanya pandai berkata kata dalam alam media sahaja, atau yang hanya bergurukan internet. Aku harap aku mampu melakukan sesuatu untuk diri, keluarga, bangsa dan agama. Biarlah perbuatan baik kita itu sedikit namun cubalah kita istiqamah, in shaa Allah akan ada ganjarannya.  

Tuesday, July 15, 2014

Cikgu Praktikal

Bermula isnin lepas, ramai kenalan yang dah bermula praktikum di sekolah pilihan masing masing. Alhamdulillah, setakat ni semuanya respon yang baik baik saja aku dengar dan aku harap mereka mampu menjalankan tugas dengan baik sehingga bulan 12 nanti. Semoga Allah memudahkan urusan kalian dalam usaha mendidik anak bangsa, mudah mudahan.

Bercerita tentang pengalaman sememangnya satu perkara yang menyeronokkan bagi penglipur lara sampaikan orang yang dengar pun boleh jadi muak dan bosan, haha. Tapi aku tak kesah, ada beberapa cerita yang nak aku kongsikan masa aku menjadi tenaga pengajar 2 tahun lepas.

Nak menjadi seorang guru ni bukan mudah, terlalu banyak benda yang perlu kita belajar seiring perkembangan semasa bebudak zaman sekarang. Paling penting sekali, seorang guru tu tak boleh hot temper dan kena pandai tackle minat anak murid. Bayangkanlah dengan masa yang kita ada perlu dibahagi bahagikan antara waktu mengajar, mengenali pelajar, tugasan guru dan tak termasuk tugasan sampingan lain lagi. Sibuknya tak terkata.

Dalam satu kelas average ada 30 orang murid dan kalau mengajar 5 buah kelas dah jadi 150 orang murid. Berapa banyak masa untuk kita ambil bagi mengenali pelajar pelajar tersebut? Itulah soalan kerap yang ditanya oleh rakan yang berpraktikum pada aku. Well, actually I'm not good adviser sebab aku sendiri tak mampu kenal semuanya dalam tempoh beberapa bulan. Maksud aku, kenal secara menyeluruh dan bukan hanya pada nama pelajar semata. Apa yang aku buat, aku akan ambil sedikit masa sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran untuk bertanya secara rambang kepada anak murid tentang diri mereka dan apa mereka nak jadi 20 tahun akan datang atau apa sahaja yang berkaitan. Alhamdulillah, Allah dah mudahkan dan aku berjaya kenal hampir 85% dari keseluruhan,  not good enough tapi okay la. Hehe..

Ada something yang masih mengganggu fikiran aku dari first day mengajar sampailah dah hari ni. Dua tahun lepas berhenti mengajar ni. Masa aku mengajar dulu, mereka memanggil aku dengan gelaran cikgu, sir dan ustaz. Either three. Cikgu dengan Sir tu in shaa Allah not a big deal but Ustaz tu.

Aku rasakan sampai hari ni macam panggilan tu tak layak untuk aku. Terlalu tinggi dan aku tak boleh dipanggil dengan panggilan tu. Masa mula mengajar dulu aku 19 tahun dan bila budak form 5 panggil aku dengan panggilan Cikgu atau Ustaz tu aku macam tak boleh terima. I bet they don't know how old I am because I look older than my age. 

Entahlah, firstly aku rasa aku macam abang diorang saja dan bukan cikgu diorang. Second, ilmu yang aku ada sekarang masih belum layak untuk bergelar guru, aku rasa la. Tapi apa apa pun, semua tu memang pengalaman yang sangat berguna dan membantu dalam usaha menjadi seorang pendidik semula satu hari nanti, in shaa Allah. Doakanlah ye.

One thing paling seronok dalam mengajar ni bila kita jadi sumber inspirasi murid lain. Allah, masa tu macam macam perasaan datang bila murid ni berkata "Boleh cikgu jadi mentor saya? Saya nak jadi hebat macam cikgu". Takut jugak riak, ujub, takkabbur datang. Walaupun aku taklah bagus sangat nak dijadikan idola tapi perkara macam ni mendorang kita untuk menjadi lebih baik dan kurangkan buat silap. Kadang kadang macam dah tak jadi diri sendiri dah. Hasilnya? Hahaha..


Semuanya cerita sejarah, cerita pengalaman. Jadi kepada sahabat yang berpraktikal, buatlah sehabis baik yang korang mampu. Jangan lupa brainstorming sebelum melakukan sesuatu untuk menarik perhatian bebudak yang baru nak kenal dunia tu. Aku doakan kejayaan korang dari sini saja. Hehe, best of luck semua.