Penulisan kali ni diinspirasikan oleh kawan yang terkandas dalam
hubungannya. Bercinta 8 tahun tapi akhirnya tak juga ke jinjang pelamin. Alasannya
agak klishe tapi macam biasa, every coin has two sides. Jangan dengar cerita
daripada sebelah pihak saja sebab cerita berbeza mungkin kita dengar dari sisi
lain. Diringkaskan cerita, seorang kawan bertanya pada aku tentang jenis manusia
yang perlu kita jauhi. Dalam frasa urban kita sebut sebagai “The Heart Breaker”.
Siapa diorang ni?
Apa pun, aku bukan expert dalam hal ni. Sekadar perkongsian bagi
mengisi masa aku. Okay well, berdasarkan pembacaan dan menakulan aku. Kita bahagikan
jenis manusia ni ikut dua jantina, lelaki dan perempuan. Golongan ketiga yang
bercelaru tu kita abaikan dulu. Sebab kumpulan ketiga ni pun takleh nak tahu
diorang belah mana. Baik, suka aku mulakan dengan kategori yang bertama.
Lelaki, sebagai ketua atau bakal keluarga.
Apa ciri-ciri lelaki yang patut kita jauhi?
1. Lelaki Yang Tidak Beriman
Paling penting setiap wanita tentu impikan seorang lelaki yang cukup
solat dalam sehari, boleh menjadi imam dalam solatnya, seorang yang beriman dan
sempurna agamanya. Ciri-ciri ini penting agar lelaki tersebut boleh menjadi
seorang ketua keluarga yang boleh membimbing isteri dan keluarganya ke jalan
yang diredai.
2. Lelaki Yang Tidak Serius
Dalam menjalinkan hubungan pasti setiap pasangan ingin mengakhirinya
dengan sebuah ikatan yang halal. Jika lelaki yang korang cintai sering mengelak
pertanyaan korang untuk mengakhiri hubungan ini ke satu ikatan yang halal
padahal korang berdua sudah lama bercinta dan susah bersedia, sebaiknya korang
segera angkat kaki. Terang-terang dia jenis lelaki yang tidak mahu ada komitmen
yang lebih serius dan hanya ingin mempermainkan cinta korang.
3. Pemalas
Elakkan diri korang daripada menjalinkan hubungan dengan jenis lelaki
yang tidak tahu menguruskan dirinya, tidak bercukur, tidak menggosok pakaian
ketika korang berdua bertemu janji, rambut dan badan berbau, sering ponteng
kuliah ataupun kerja, kenderaaannya yang kotor dan sebagainya. Bimbang jika
berkahwin nanti segala tanggungjawab diserahkan bulat-bulat kepada korang
seorang dalam menguruskan rumah tangga dan dirinya kerana menganggap semua
kerja tersebut merupakan tugas seorang isteri sahaja.
4. Lelaki Kaki Pukul
Ada sebahagian wanita yang masih berhubungan dengan teman lelakinya
yang kaki pukul gara-gara cinta dan sayang terhadap teman lelakinya. Ingatlah
wahai wanita, jika sebelum berkahwin pun teman lelaki korang sudah bertindak
memukul korang, bagaimana pula setelah berkahwin nanti. Jangan kerana sayang
ataupun takut ditinggalkan lelaki sebegini, korang sanggup diperlakukan
sedemikian rupa. Takut apabila sudah berkahwin nanti, saban minggu korang bakal
menjadi pelanggan tetap hospital kerana dipukul teruk oleh suami.
5. Lelaki Yang Tiada Toleransi
Lelaki sebegini hanya menganggap dirinya sahaja yang betul. Baginya pkorangngan
dan idea orang lain semuanya salah. Sebenarnya dalam menjalinkan hubungan
haruslah ada toleransi antara kedua-dua pasangan agar hubungan yang dibina
berjalan dengan lancar. Mana ada wanita yang tahan jika dia sering dimarahi
teman lelakinya gara-gara pendapat yang dilontarkannya dianggap salah dan
berlainan daripada pkorangngan teman lelaki korang. Silap hari bulan, setiap
kali berjumpa pasti korang berdua bercakaran pendapat.
6. Lelaki Panas Baran
Ciri lelaki yang satu ini juga harus korang elak dalam memilih calon
suami. Lelaki yang panas baran tentu sahaja mudah mengamuk apabila berlaku
sesuatu perkara. Ternyata ciri-ciri ini tidak sesuai untuk dijadikan bakal
suami kerana bimbang apabila berkahwin nanti apa sahaja yang isterinya lakukan
boleh mendatangkan kemarahannya tanpa dia siasat terlebih dahulu. Malah ciri
panas baran ini jika tidak dikawal boleh membawa kepada aksi memukul.
7. Lelaki Yang Suka Membangga Diri
Elakkan bakal calon suami kalau dia seorang yang sombong dan sering
membanggakan dirinya apabila bercakap dengan korang ataupun apabila bercakap
dengan rakan-rakannya. Lebih parah jika dia seorang yang kaya, kacak, mempunyai
karier yang bagus, gaji yang lumayan dan kereta yang mewah, lagi berlagaklah
jadinya. Jika hubungan ini diteruskan takut di kemudian hari nanti rumah tangga
yang korang bina tidak harmoni.
8. Kedekut
Jika saat menjalinkan hubungan pun calon suami korang itu berkira
dalam membelanjakan sesuatu atau sering menyuruh korang membayarkan untuknya,
sah dia seorang yang kedekut. Untuk menjadi seorang suami mana boleh ada
ciri-ciri kedekut. Ini kerana apabila sudah berkahwin nanti menjadi
tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga untuk menyediakan nafkah secukupnya
kepada isteri dan anak-anaknya.
9. King Control
Lelaki yang king control selalunya seorang yang kuat cemburu. Apa
sahaja yang korang hendak lakukan, haruslah memberitahunya dan mendapat
keizinannya terlebih dahulu. Diri korang seolah-olah dikawal sepenuhnya oleh
lelaki sebegini kerana menganggap korang miliknya. Malah dia akan menghubungi korang
setiap masa untuk mengetahui korang berada di mana dan dengan siapa korang
ketika itu. Kalau beginilah calon suami korang, larikan diri sebelum terlambat.
10. Penakut
Ciri yang ini juga jangan dipkorangng ringan. Lelaki yang penakut dan
tidak berani untuk mempertahankan korang, buat apa ingin korang jadikan calon
suami. Sebagai bakal suami, lelaki haruslah berani kerana dia bakal menjadi
pelindung dan harapan kepada isteri dan anak-anaknya nanti jika berlaku sesuatu
perkara.
Ada begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah
memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh
didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita
dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja
mereka?
BONUS!! SI SWEET TALKER
Jika korang didekati lelaki si hidung belang ni, maka cepat-cepatlah
berlalu dan jangan sampai terbuai perasaan tu. Mereka bijak memanipulasi
ayat-ayat cinta sehingga pendengarnya terpedaya. Dengan penggunaakn kata-kata,
tingkah laku dan bahasa badan yang bersahaja, kita terpikat. Lelaki seperti ini
memang seronok didekati kerana kata-katanya manis dan bijak membuat perempuan
rasa disayangi.
Mereka tidak mudah putus asa. Selagi perempuan yang diayatnya itu tak
jatuh ke tangannya, mereka akan terus mencuba. Mungkin nak tunjuk hebat
agaknya. Jadi perempuan, korang kena jadi bijak dan jauhkan diri supaya tidak
didekati kumpulan lelaki macam ni. Sekali terleka, korang akan hanyut dan
menderita.
So, itu bahagian lelaki. Macam mana pulak dengan perempuan? Berikut
ini adalah ciri-ciri wanita yang harus dijauhi oleh kaum Adam, dan jangan
jadikan sebagai isterinya:
1. Wanita “Ananah"
Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami
untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati. Wanita seperti ni sentiasa melihat kelebihan orang lain dan lupa untuk mengukur baju pada badan sendiri. Realiti kini banyak terjadi dalam perkahwinan.
2. Wanita “Mananah"
Wanita yang suka menidakan usaha dan jasa suami, akan tetapi
sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah
tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah
tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Inilah sebabnya Allah menyuruh kita memilih pasangan yang sekufu. Supaya sebagai ketua keluarga tak merasa rendah diri dibandingkan dengan isteri.
3. Wanita “Hananah"
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya
dahulu) yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang
lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari
suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya
itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan
kebolehan dan kemampuan suaminya. Perempuan macam ni jenis yang susah move on. Kalau korang nak jugak kahwin dengan perempuan macam ni, bersedialah untuk dibanding-bandingkan.
4. Wanita “Hadaqah"
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya,
selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing
kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya
dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Perempuan materialistik kata orang sekarang.
5. Wanita “Basaqah" yang membawa 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Tabbaruj. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia.
Suka melawan. Duit dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas.
Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain
tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua : dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah
dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah"
Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi
membisingkan sekitarnya. Kadang kala orang perempuan sentiasa berfikir tentang apa yang difikirkannya betul. Hakikatnya, apa yang diutarakan itu tidak menyelesaikan malah menambah masalah sedia ada. Sebelum anda kena migrain, jauhilah wanita seperti ini.
Jadi, korang macam mana? Perkahwinan is not a game. Bukan masa nak try
and error. Not in thousand years. Kahwin sekali then bosan tukar lain. Bukan
macam tu dan tak patut langsung terjadi macam tu. Bila usia masuk ke 20-an,
korang akan mula memikul komitmen yang pelbagai. Pelajaran, keluarga, kerjaya, dan
ada antaranya dah mula mendirikan rumah tangga. Apa pun yang berlaku, bila
sampai soal pasangan hidup, pastikan korang pilih yang sebaiknya. Pilih mana
yang terbaik untuk berkongsi rumah, bilik, katil, anak dan segalanya. Bila dan
kahwin, jangan fikir untuk bercerai melainkan keadaan memaksa. Rujuk pakar
dahulu, jangan terlalu ikutkan angin kepala.
Perceraian ada hikmahnya, tapi majoriti penceraian bawa kepada benda tak
baik. Penceraian ni melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua
keluarga, anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Ia bukan sesuatu yang manis.
Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Perceraian yang
biasa kita dengar atau yang diamalkan oleh orang Malaysia ialah cerai melalui
lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami.Talak adalah hak suami kerana
hanya suami yang boleh melafazkannya.
(rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah
an-Nisaa ayat 19).
Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda:
"Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada
talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya
tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."
Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian
adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika
seorang suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun
ia dibenci Allah.Bagi isteri pula, jika ia memohon cerai tanpa sebab, apatah
lagi jika ia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa
menceraikannya, maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.
Panjang dah aku menulis ni. Jadi sebelum berlaku semua perkara yang
kita tak ingin, kita kenalah perbaiki diri sendiri dahulu. Jodoh ini cerminan
kita, kalau kita mahukan yang baik jadilah yang baik dahulu. Kalau korang
sendiri jenis yang liat nak solat, susah nak tutup aurat, jangan letak harapan
tinggi untuk dapat yang menjaga solat, menutup aurat dan yang terbaik. So,
tepuk dada tanya iman.
Mana yang korang rasa bermanfaat, korang gunalah. Mana yang tidak tu,
boleh ditinggalkan. Semoga aku rajin menaip lagi. In shaa Allah.