Wednesday, September 26, 2018

Tolak Beransur

Hidup ni umpana satu kitaran yang berpusing tanpa hentinya. Selagi denyut nadi masih bergetar, selama itulah kehidupan akan diteruskan. Pernah tak rasa "Kenapa asyik aku mengalah, bukannya dia atau orang lain? Sampai bila aku nak terus macam ni"

Bagi yang pernah menempuh situasi ini, aku ucapkan jutaan tahniah kerana anda merupakan insan yang terpilih. Perlu diingati bahawa, mengalah bukan bermaksud anda kalah. Aku nak kongsi sedikit kata yang yang bagi aku sangat kemas dan cantik.

Diam bukan bererti kita lemah, 
Mengalah bukan bererti kalah,
Menunggu bukan sebab tak mampu,
Pasrah bukan bererti kita menyerah.

Bertolak ansur ini senang diungkap tapi kadang kala susah nak dilaksana. Seorang orang abg terpaksa bertolak ansur dengan adiknya kerana adiknya belum memahami keadaan. Seorang majikan bertolak ansur dengan pekerjanya kerana kesulitan yang dialami oleh pekerjanya dan pelbagai lagi situasi yang boleh dikaitkan dengan bertolak ansur ini.

Pengalaman aku sendiri, bila kita mahukan sesuatu perkara itu tapi ada seseorang lain lebih memerlukan sesuatu tersebut, kita beri kepada yang lebih memerlukan. Kerana apa? Kerana kita lebih matang, lebih memahami dan lebih bersabar atas sesuatu. Keperluan dan kehendak sangat berbeza. 

Andai rakan sekerja tidak melakukan tugasnya, atau culas semasa bertugas sehingga memaksa kita melakukan sesuatu kerja bagi pihak dia pastinya kita akan marah kan? Cuma sebelum waktu kita marah tu, pernah tak kita terfikir apa yang dialami oleh rakan sekerja itu sehingga beliau tidak menjalankan amanahnya?

Boleh jadi dia sakit, ada masalah dalaman, malas atau apa sahaja. Tujuannya cuma satu, jangan terlalu mudah menyimpulkan sesuatu yang kita tak tahu. Kalau orang lain sentiasa memberi penilaian negatif pada diri kita, mesti kita tak suka kan? Jadi, apa yang kita tak suka orang buat, jangan kita buat pada orang lain. mudah kan?

Mudah bercakap dari praktikkan. Hahaha boleh join group kerabat membawang lepas ni. Aku yakin setiap daripada kita punyai pengalaman yang tersendiri. Allah s.w.t kurniakan kita 24 jam sehari untuk buat amal tapi sejauh mana manfaat waktu yang kita ada tu? Tepuk dada tanya iman.

Dipendekkan cerita, kalau kita rasa bertolak ansur ini susah, cuba kita renungkan sejenak apa yang buat kita rasa susah untuk itu. Kalau kita buat amal lebih dari orang lain dengan ikhlas, atau mengikut disiplin yang sepatutnya.. bukankah itu boleh jadi saham akhirat kita? 

Apa apa pun, kita manusia memang tak lekang dari buat salah, silap apatah lagi dosa. Tangan yang memberi jauh lebih baik daripada tangan yang menerima. Jom kita ikhaskan hati dalam amal, mungkin akan ada rezeki berselindung terbuka jadi milik kita. Fikir yang baik baik, buat yang baik-baik, in shaa Allah.