Move on ni sangat sinonim dengan perpisahan dua kekasih dan cuba mulakan hidup baru tanpa kenangan dari si dia. Kali ni, aku nak bercerita sikit tentang move on mengikut persepsi aku. Kita mulakan dengan persoalan berikut.
Bila kali terakhir kita duduk berfikir tentang diri sendiri? Berfikir tentang apakah yang telah kita laksanakan dalam hidup sejak lahir hingga ke hari ini. Secara peribadi, banyak peluang yang aku rasakan patut aku pegang tapi akhirnya peluang tu berlalu begitu sahaja. Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tak dapat dielakkan.
Bila kali terakhir kita duduk berfikir tentang diri sendiri? Berfikir tentang apakah yang telah kita laksanakan dalam hidup sejak lahir hingga ke hari ini. Secara peribadi, banyak peluang yang aku rasakan patut aku pegang tapi akhirnya peluang tu berlalu begitu sahaja. Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tak dapat dielakkan.
Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang telah Allah aturkan kemas untuk kita.
Move on ni bukanlah satu perkara
yang mudah tapi bukanlah satu perkara yang mustahil. Move on dan melepaskan
masa silam bukanlah satu perkara mudah. Sekali hati terguris, parutnya akan
membekas selama lamanya. Menyembuhkan luka itu merupakan satu perjalanan yang
panjang dan penuh dengan air mata.
Kenapa ada antara kita susah move
on dari kisah lampau?
Bagi sesetengah manusia yang
tidak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya hati setelah dikecewakan,
mereka sering melihat perkara ini sebagai perkara mudah dan remeh. Tapi harus
kita sedar bahawa tidak semua manusia melihat move on ini dari skop percintaan
sahaja.
Aku berminat nak berkongsi
tentang seorang anak muda yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi
cukup bahagia. Sayangnya bagi anak muda ini, segala nasihat yang diberikan
tidak pernah diendahkan. Mungkin kerana terlalu selesa hidup sebgitu. Satu
persatu benda yang ditegah dicubanya. Saat ibu ayah mengirim wang untuk kelas
mengaji, kelas kerap ponteng dan duitnya diguna untuk berjoli.
Dihadapan ibu ayah, lagaknya
persis malaikat dan anak syurga. Segala tindak tanduknya tertib dan sopan.
Dibelakang pengetahuan ibu ayah, dialah segala ketua kepada kejahatan anak kampung
di kawasannya. Anak muda ini selesa hidup begitu. Selesa melakukan semuanya
semata memenuhi kehendak diri. Sehingga meningkat remaja, anak muda ini semakin
hari semakin liar. Rokok, ponteng, lumba haram, semuanya bagai sebahagian norma
kehidupannya.
Sebagai ibu bapa, gerak hati
sangat tepat meskipun tak kelihatan depan mata. Didoakan semoga anak ini sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah.
Dan Allah mendengar setiap luahan hati hambanya, anak muda ini diuji dengan
kemalangan. Kaki keduanya patah, tengkuknya bengkok dan beberapa kecederaan
lain yang agak serius. Allah masih memberinya peluang untuk berubah berkat doa
ibu ayah.
Sepanjang proses pemulihan itu, anak
muda ini banyak menghabiskan masa duduk termenung dan berfikir. Betapa dia
bertuah kerana dipanjangkan umur untuk memperbetulkan kesilapannya yang lalu.
Dia mula berubah dari hari ke hari. Solat wajibnya tak ditinggal, ditambah pula
dengan amalan sunat yang lain. Begitulah kisahnya bagaimana anak muda ini move
on dari kejahilannya.
Persoalannya, bagaimana keadaan
kita?
Akan disambung bahagian 2 nanti.