Sunday, January 29, 2017

Jim

Semenjak menjadi alumni Universiti Awam ni, aku banyak menghabiskan masa dekat rumah. Berbeza dengan masa belajar dulu, banyak masa digunakan untuk bersosial dan tak lupa untuk melakukan aktiviti lasak. Sepanjang 4 tahun ni, banyak benda aku belajar tentang fizikal terutama bab fitness ni. Nak kata hebat dalam bidang ni pun aku baru beginner jugak. 

Nak dikongsikan cerita, aku ada seorang kawan ni, kawan serumah masa aku di tahun satu pengajian. Beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan segala kerja yang beliau lakukan. Semuanya akan dilakukan dengan sebaik baik dan selesai. Budak ijazah kelas pertama la katakan. Semuanya dia jaga kecuali fizikal dia. Jadi satu hari dia call aku tanya macam mana nak jaga badan. Sebelum tu, aku akan kenalkan beliau. 

Kenalkan. Ini Amir. Beliau merupakan seorang graduan Universiti Awam yang terkemuka di negara ini. Kesedaran beliau untuk membina badan datang secara tiba tiba. Iaitu semasa beliau menonton cerita Shin Chan dan menyaksikan babak perlawanan antara Action Kamen dengan raksasa perosak. 



 Bagi melunaskan harapan tu, beliau telah mendaftarkan diri untuk latihan kekuatan dan daya tahan otot. Berbekalkan bayaran sebanyak RM 70.00 sebelum, beliau gagahkan diri untuk terus bersenam demi mendapatkan badan idaman.


 Beliau bersungguh-sungguh dengan cita-citanya tapi sayang, beliau tidak cukup bersedia menjaga diet kerana hobi beliau adalah ayam KFC dengan air gas. Ala..air pepsi or coca cola macam tu. Amalan pemakanan ni dikatakan reward setiap kali beliau berjaya menurunkan berat sebanyak 500 gram. Aku dah nasihatkan tapi tak jadi apa sebab old habit die hard.


Hari demi hari, latihan demi latihan. Keputusannya tetap sama, tetap boyot. Berputus asa akhirnya beliau akur dengan takdir dan terus mengamalkan cara hidup terdahulu. Balik menonton Crayon Shin Chan setiap pukul 7 malam.


So, dekat sini aku nak kongsikan sedikit tips mudah dan bermakna tentang kaedah membina otot badan di rumah. Tanpa bayaran ringgit. Keazaman yang tinggi sangat diperlukan.

BINA BADAN DI RUMAH
Berikut adalah 8 cara bina badan di rumah dengan mudah:

1. Beri komitmen untuk makan makanan yang sihat dan seimbang – ini amat penting untuk bina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran bukan tepung seperti kacang hijau dan kubis dan makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Hindari makanan segera(fast food) yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.

2. Dapatkan cukup protein kerana protein membantu kita menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk melengkapkan makanan protein kita.

3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur. Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.

4. Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging. Ulangi urutan ini sepanjang waktu latihan.

5. Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh selama 3 hari yang tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan mengangkat mesin angkat beban dan tanpa beban.

6. Lakukan kombinasi latihan perut pada 3 hari tidak berturut-turut dalam seminggu (selang sehari). Latihan perut membentuk perut kita. Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik napas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.

7. Latih perut bawah anda dengan melakukan sit-up. Baring di atas lantai telentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan tangan anda di belakang kepala. Tarik napas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa lutut anda ke arah dada anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan..

8. Cuba dapatkan 8 jam tidur di sehari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita memiliki tenaga untuk latihan seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur dapat menyebabkan kelaparan dan menambahkan berat badan.

Cuba amalkan 8 cara bina badan di rumah ini secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk dapatkan bentuk badan abang sado.


Renung-renungkan dan selamat mencuba

Credit to : AbangSado.com