Monday, November 20, 2017

Move On

Move on ni sangat sinonim dengan perpisahan dua kekasih dan cuba mulakan hidup baru tanpa kenangan dari si dia. Kali ni, aku nak bercerita sikit tentang move on mengikut persepsi aku. Kita mulakan dengan persoalan berikut.

Bila kali terakhir kita duduk berfikir tentang diri sendiri? Berfikir tentang apakah yang telah kita laksanakan dalam hidup sejak lahir hingga ke hari ini. Secara peribadi, banyak peluang yang aku rasakan patut aku pegang tapi akhirnya peluang tu berlalu begitu sahaja. Pasti ada perkara dalam hidup kita yang akan menemui titik noktah yang tak dapat dielakkan.

Terima apa yang ada, lepaskan apa yang telah pergi dan yakinlah dengan perjalanan hidup yang telah Allah aturkan kemas untuk kita.

Move on ni bukanlah satu perkara yang mudah tapi bukanlah satu perkara yang mustahil. Move on dan melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah. Sekali hati terguris, parutnya akan membekas selama lamanya. Menyembuhkan luka itu merupakan satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan air mata.

Kenapa ada antara kita susah move on dari kisah lampau?

Bagi sesetengah manusia yang tidak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya hati setelah dikecewakan, mereka sering melihat perkara ini sebagai perkara mudah dan remeh. Tapi harus kita sedar bahawa tidak semua manusia melihat move on ini dari skop percintaan sahaja.


Aku berminat nak berkongsi tentang seorang anak muda yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi cukup bahagia. Sayangnya bagi anak muda ini, segala nasihat yang diberikan tidak pernah diendahkan. Mungkin kerana terlalu selesa hidup sebgitu. Satu persatu benda yang ditegah dicubanya. Saat ibu ayah mengirim wang untuk kelas mengaji, kelas kerap ponteng dan duitnya diguna untuk berjoli.

Dihadapan ibu ayah, lagaknya persis malaikat dan anak syurga. Segala tindak tanduknya tertib dan sopan. Dibelakang pengetahuan ibu ayah, dialah segala ketua kepada kejahatan anak kampung di kawasannya. Anak muda ini selesa hidup begitu. Selesa melakukan semuanya semata memenuhi kehendak diri. Sehingga meningkat remaja, anak muda ini semakin hari semakin liar. Rokok, ponteng, lumba haram, semuanya bagai sebahagian norma kehidupannya. 

Sebagai ibu bapa, gerak hati sangat tepat meskipun tak kelihatan depan mata. Didoakan semoga anak ini sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Dan Allah mendengar setiap luahan hati hambanya, anak muda ini diuji dengan kemalangan. Kaki keduanya patah, tengkuknya bengkok dan beberapa kecederaan lain yang agak serius. Allah masih memberinya peluang untuk berubah berkat doa ibu ayah.

Sepanjang proses pemulihan itu, anak muda ini banyak menghabiskan masa duduk termenung dan berfikir. Betapa dia bertuah kerana dipanjangkan umur untuk memperbetulkan kesilapannya yang lalu. Dia mula berubah dari hari ke hari. Solat wajibnya tak ditinggal, ditambah pula dengan amalan sunat yang lain. Begitulah kisahnya bagaimana anak muda ini move on dari kejahilannya.

Persoalannya, bagaimana keadaan kita? 



Akan disambung bahagian 2 nanti.


Friday, May 5, 2017

Perkenankanlah

Terkadang tuhan sengaja tidak memberi apa yang kita mahukan dengan segera. Kita berdoa kepada Dia mahukan itu, mahukan ini tapi saban hari apa yang kita mahukan itu tak jadi kenyataan. Kita pun terfikir, apalah besar sangat dosa kita sampai doa kita ditangguhkan daripada diperkenan Nya.

Maha Suci Tuhan, Dia Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang telah, sedang dan akan berlaku terhadap setiap hambaNya. Allah tidak akan mempersiakan doa hambaNya. Dia tahu akan segalanya. Boleh jadi apa yang kita harapkan itu bukanlah yang terbaik untuk diri kita. Malah, Dia menggantikan apa yang dipinta itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Mungkin pahit bagi kita untuk menerima kenyataan bahawa apa yang kita hajatkan tidak tertunai. Kita sentiasa mahukan segalanya segera. Mahu semuanya Allah bagi dalam waktu itu juga. Pernah aku berjumpa seorang pakcik yang aku rasa umur dalam lingkungan 60-an mengutip kotak-kotak dan tin-tin kosong dijalanan. Satu hari, aku berkesempatan bertegur dengannya.

Kami berbual panjang dan sehingga satu keadaan, dia menyebut “Takpelah nak, Allah tak bagi pakcik kaya dengan harta tapi Alhamdulillah, Allah masih kurniakan pakcik dengan nikmat kesihatan. Kawan pakcik ramai yang meninggal sebab macam-macam penyakit.”

Dari riak wajah, aku percaya pakcik ni ikhlas dalam percakapannya. Allah tak beri apa yang kita mahukan tapi apa yang kita perlukan.

Ada seorang sahabat ni, bercinta dengan seorang gadis selama lebih kurang setahun dan sudah pun berjumpa dengan ibu bapa gadis ini. Segala persiapan fizikal dan mental sudah dilakukan. Namun istikharoh tak menunjukkan bahawa gadis ini merupakan jodohnya. Maka, diulang lagi sehingga berkali kali, tetap tidak dirasakan bahawa gadis ini akan jadi miliknya yang sah.

Tidak lama lepas tu, mereka berpisah secara baik. Jodoh, rezeki dan maut ditangan tuhan. Sahabat ini kemudiannya bertemu dengan seorang gadis yang baik perlakuan, bahasa dan tatasusilanya. Alhamdulillah, gadis itulah tulang rusuknya yang hilang.

Secara peribadi, aku sendiri pernah merasakan situasi sebegitu. Aku mahukan yang A tapi Allah bagi aku aku yang G. Aku rasa aku perlukan yang F tapi Allah beri aku B. Kadang sampai aku sendiri terlupa apa yang aku harapkan dalam doa yang Allah sudah pun makbulkan tanpa sedar. Kita terkadang terlupa untuk bersyukur kerana terlalu mengejar apa yang belum kita miliki, tanpa memikirkan apa yang sudah kita ada.

Semasa aku kecil, cita-cita sebagai guru tak pernah langsung ada dalam senarai. Aku selalu berdoa agar dipermudahkan apa yang aku perlukan. 10 tahun kemudian, hari ini, aku menjadi seorang Guru kepada ratusan orang murid disekolah. Pada mulanya memang aku susah nak menerima apa yang berlaku. Aku? Cikgu? Memang tidak la. Tapi setiap yang berlaku hadir bersama hikmah yang tersendiri. Aku dapat, aku hadam dan aku muhasabah. Ada sebab kenapa aku berada di sini hari ini.


Allah takkan pernah mempersiakan hambaNya. Tidaklah Allah menzalimi hambaNya kecuali hambaNya sendiri. Teruskan berdoa walaupun permintaan kita nampak mustahil, yakinlah tiada yang mustahil buat Allah.

Sunday, January 29, 2017

Jim

Semenjak menjadi alumni Universiti Awam ni, aku banyak menghabiskan masa dekat rumah. Berbeza dengan masa belajar dulu, banyak masa digunakan untuk bersosial dan tak lupa untuk melakukan aktiviti lasak. Sepanjang 4 tahun ni, banyak benda aku belajar tentang fizikal terutama bab fitness ni. Nak kata hebat dalam bidang ni pun aku baru beginner jugak. 

Nak dikongsikan cerita, aku ada seorang kawan ni, kawan serumah masa aku di tahun satu pengajian. Beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan segala kerja yang beliau lakukan. Semuanya akan dilakukan dengan sebaik baik dan selesai. Budak ijazah kelas pertama la katakan. Semuanya dia jaga kecuali fizikal dia. Jadi satu hari dia call aku tanya macam mana nak jaga badan. Sebelum tu, aku akan kenalkan beliau. 

Kenalkan. Ini Amir. Beliau merupakan seorang graduan Universiti Awam yang terkemuka di negara ini. Kesedaran beliau untuk membina badan datang secara tiba tiba. Iaitu semasa beliau menonton cerita Shin Chan dan menyaksikan babak perlawanan antara Action Kamen dengan raksasa perosak. 



 Bagi melunaskan harapan tu, beliau telah mendaftarkan diri untuk latihan kekuatan dan daya tahan otot. Berbekalkan bayaran sebanyak RM 70.00 sebelum, beliau gagahkan diri untuk terus bersenam demi mendapatkan badan idaman.


 Beliau bersungguh-sungguh dengan cita-citanya tapi sayang, beliau tidak cukup bersedia menjaga diet kerana hobi beliau adalah ayam KFC dengan air gas. Ala..air pepsi or coca cola macam tu. Amalan pemakanan ni dikatakan reward setiap kali beliau berjaya menurunkan berat sebanyak 500 gram. Aku dah nasihatkan tapi tak jadi apa sebab old habit die hard.


Hari demi hari, latihan demi latihan. Keputusannya tetap sama, tetap boyot. Berputus asa akhirnya beliau akur dengan takdir dan terus mengamalkan cara hidup terdahulu. Balik menonton Crayon Shin Chan setiap pukul 7 malam.


So, dekat sini aku nak kongsikan sedikit tips mudah dan bermakna tentang kaedah membina otot badan di rumah. Tanpa bayaran ringgit. Keazaman yang tinggi sangat diperlukan.

BINA BADAN DI RUMAH
Berikut adalah 8 cara bina badan di rumah dengan mudah:

1. Beri komitmen untuk makan makanan yang sihat dan seimbang – ini amat penting untuk bina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran bukan tepung seperti kacang hijau dan kubis dan makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Hindari makanan segera(fast food) yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.

2. Dapatkan cukup protein kerana protein membantu kita menguatkan jaringan otot ketika kita menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk melengkapkan makanan protein kita.

3. Minum 500ml air sejuk pada saat bangun tidur. Air sejuk membuatkan tubuh kita untuk bekerja lebih keras untuk memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.

4. Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging. Ulangi urutan ini sepanjang waktu latihan.

5. Gabungkan latihan rutin membina kekuatan tubuh selama 3 hari yang tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan mengangkat mesin angkat beban dan tanpa beban.

6. Lakukan kombinasi latihan perut pada 3 hari tidak berturut-turut dalam seminggu (selang sehari). Latihan perut membentuk perut kita. Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik napas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.

7. Latih perut bawah anda dengan melakukan sit-up. Baring di atas lantai telentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan tangan anda di belakang kepala. Tarik napas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa lutut anda ke arah dada anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan..

8. Cuba dapatkan 8 jam tidur di sehari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita memiliki tenaga untuk latihan seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur dapat menyebabkan kelaparan dan menambahkan berat badan.

Cuba amalkan 8 cara bina badan di rumah ini secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk dapatkan bentuk badan abang sado.


Renung-renungkan dan selamat mencuba

Credit to : AbangSado.com