Sunday, January 12, 2014

Kereta Buruk



Assalamualaikum wahai pembaca sekalian,

Esok pagi aku ada last paper untuk final semester ni, aku patut study saat ni tapi aku nak jugak post something baru. Okay, boleh menarik sedikit nafas lega sebab paper esok bukanlah paper yang gagah sangat, haha. Back to my intention, masa aku scroll² page UPSI Confession ni aku terjumpa satu post yang menarik minat aku. Ini merupakan dari seorang sahabat terhadap sahabatnya dalam laman mukabuku. Baca dan hayati guna mata hati.

"Awak.. walaupun dulu kita jahat..nakal..dan seangkatan dengannya...satu hari nanti pasti akan datang juga titik keinsafan dalam diri kita walaupun ambil masa yang lama..masa tu kita akan menangis terkenang balik kesilapan lampau kita..

Awak nak tau tak masa saya sekolah dulu...ada seorang pelajar malu dengan ayah dan mak sendiri.. mak tanggung malu nak beranakkan dia depan doktor lelaki..tapi bile dah besar dia malu nak mengaku tu ibu bapa dia..alasan gemuk la..ada kereta buruk la..

Awak² yang baca "status" ni.. yang gemuk dan yang ada kereta buruk lah mak ayah kita..yang gemuk tu la suap nasi ke mulut kita...kalau nasi tu panas, yang gemuk tu la akan tiup..takut anak dia sakit dan tak nak makan...masih tak bersyukur lagi ada mak macam ni??? Awak...kereta buruk yang awak cakap tu la hasil dari titik peluh ayah awak. Ayah sanggup beli kereta buruk sebab nak hantar anak dia pergi sekolah kalau hujan nanti, takde lah anak dia basah. Awak malu lagi dengan kereta buruk tu???

Awak..apa yang awak nak sebenarnya??? Awak tak nampak lagi pengorbanan si "gemuk" dan si pemilik "kereta buruk"? Bila saya teringat kisah ni..air mata saya tak berhenti mengalir.. saya bukan anak yang baik tapi saya akan jadi anak yang terbaik di dunia dan di akhirat...

Awak nak tau tak, masa tingkatan 4 saya terpaksa dibedah kerana masalah organ dalaman..awak tau tak mak saya yang sedang sakit masa tu terpaksa jaga saya waktu malam sedangkan waktu malam mak tak boleh berjaga..mak ada darah tinggi (salah satu penyakit yang mak ada)..tapi demi anak, mak sanggup jaga saya dan tidur beralaskan tikar di bawah katil saya (harap korang boleh bayangkan situasi ni)..

Saya tengok mak tidur menitis air mata..setiap dekuran mak diiringi dengan air mata saya...betapa banyaknye dosa saya kat mak tapi mak masih sanggup jaga saya walaupun dia sedang sakit..ayah plak lau tak keje akan datng jaga saya waktu siang lepas hantar mak balik untuk berehat sebab malam tu mak plak akan jaga..YA ALLAH..saya harap satu hari nanti saya akan jaga mak ngan ayah macam mane mereka jaga saya.. awak...jangan ego nak minta maaf kat mak ayah...tak terlambat pn awak nak berubah... jadilah anak yang baik selagi- mereka ada...

Awak semua..tujuan saya mengarang ni bukan nak buka aib saya sendiri tapi ada mesej yang nak saya sampaikan..harap awak fikirkan sendiri mesejnye..sekian dari saya..maafkan salah silap saya..balik nanti jangan lupa peluk dan cium mak ayah kita ye..tak kira lelaki atau perempuan..

-ANAK MITHALI

Aku memang tersentuh lepas baca respon dia. Aku juga bukan anak orang kaya, membesar dengan adik beradik yang ramai dan cuma ada satu kenderaan nazak yang menghantar dan menjemput aku sejak lahir hingga hari ini. Bukan kereta itu yang berharga sebenarnya tapi pengorbanan ibu bapa kita dalam menyediakan kemudahan yang terbaik buat anak² mereka.