Sunday, December 1, 2013

Kafarah Dosa

Aku jarang demam tapi bila aku demam, demam aku tu memang agak berat. Okay, cerita kali ni memang tak best. Sejak aku berkursus tahap satu pengadil kebangsaan di IPSI. Sejujurnya kursus itu sangat seronok sebab dia memberi kefahaman yang lebih jelas tentang sukan tennis dan undang2nya.

Bermula kursus pada jam 8.00 malam di Anjung satu bangunan IPSI dan penutupnya pada hari Ahad jam 3.00 petang, di kafe Muzium UPSI. Banyak pengalaman, ilmu baru yang aku peroleh memandangkan sukan tennis ini memang antara sukan kegemaran aku. Okay, cuaca pada hari kejadian memang bahang dan terik tapi itu bukan masalah bagi aku kerana aku dah biasa berpanas tapi bila sejuk, itu masalah aku. Duduk dalam bilik kuliah pada suhu 16 darjah celcius tanpa berbuat apa2 memang aku tak tahan. Well, aku bukan dilahirkan dekat negara empat musim. Err..maksud aku, Winter, Fall, Summer and Spring dan bukan musim durian, rambutan, manggis or duku. Hehe.



Balik dari kursus itu terus aku tertidur akibat kepenatan. Masa itu memang kepala aku agak berat dan apa yang aku fikir cuma rehat. Dalam perjalanan nak balik tu pun berhujan, memang musim hujan pun sekarang. Aku tidur pada jam 3.30 petang dan aku bangun isyak tu, jam 8.30 malam. Habis terlanggar waktu solat asar dengan maghrib aku. Ish², tidak disengajakan. Waktu terjaga tu memang terasa badan seakan terbakar dengan kepanasan pemanggang. Hehe, okay. Over sikit.

Bangun terhuyung hayang tak pandang belakang, bumi terasa agak malap. Tapi satu keajaiban berlaku, semua kawan² serumah aku jadi super duper sweet sampai boleh kena kencing manis aku. HAHAHA. Bukan apa, hari2 biasa semua buat hal masing² but sekali tu mereka sangat perihatin. Terasa diri disayangi, hehe. Ada yang tolong urut, ada tolong pakaikan stokin, masakkan air panas dan ada yang tolong belikan makanan. Sweet gilas, patutlah rumah aku banyak semut.

Tapi serius, aku tak larat untuk menikmati semua tu. Apa yang aku fikirkan cuma nak jumpa doktor dan dapatkan ubat. Tapi klinik UPSI dah tutup, takda pusat kesihatan pelajar yang beroperasi dalam jam itu. Menunggu hari cerah semula dalam keadaan macam tu memang berat, apa yang mampu aku lakukan adalah baring menunggu pagi. Rancangan untuk menyiapkan laporan program semuanya tergendala.

Esoknya, aku dihantar seorang sahabat ke klinik, aku ingat cukup dengan makan panadol sebab lepas tu aku ada kelas untuk dihadiri. Then doktor check then berkata "Kamu kekurangan air sebenarnya, segala yang ada seperti tekanan darah semuanya baik. Kita beri kamu tiga botol ye" Bila dengar macam tu, oh. Okay, memang aku harapkan dapat masuk air pun sebab aku malas nak minum air berbotol2 tu. So, aku ditahan sehingga semua 3 liter air tu masuk dalam badan aku. Macam pokok disiram air, segar semula tapi agak penat dan memenatkan menunggu setitik demi setitik masuk dalam badan. Haha, tapi nak buat macam mana kan. Dapatlah mereka kakak nurse cantik bancuhkan air milo panas. HAHA, okay itu iklan.

Then total up, aku demam 3 hari dan hari ni aku rasa hampir recover 100%. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Begitulah kisahnya...so, terasa membazir tak baca? :P